Tuesday 18 September 2012

Isu Menghina Tarian Sabah, Pembangkang Tak Mengaku Portal Pembangkang

Artikel ini daripada Malaysia Instinct.. Tarian Sumazau Telah dimanipulasi sehingga menimbulkan kemarahan seluruh rakyat sabah Hangat diperkatakan oleh media Suara Pakatan Rakyat berhubung Tarian Sumazau yang dilihat sebagai rendah akhlak. Artikel tersebut telah mengundang rasa marah banyak pihak kerana menghina budaya sesuatu kaum. Rakyat Sabah terutamanya masyarakat dusun rasa terhina dek dikatakan sebagai penduduk yang berakhlak rendah dan bodoh. Parti Bersatu Sabah (PBS) telah membuat laporan polis mengenai artikel itu. Mereka melahirkan rasa kekesalan kerana pihak pembangkang memainkan isu yang sensitif. Artikel itu menurut PBS boleh menyumbang kepada masalah keselamatan dan ketenteraman awam. Tambahnya lagi perkataan 'bodoh' yang digunakan dalam tulisan tersebut tidak menggambarkan semangat Rukun Negara. Oleh kerana telah menjadi kes polis, pihak PR pun cepat melatah, mengatakan bahawa portal Suara Pakatan Rakyat (SPR) sebenarnya bukan portal mereka. Mereka juga mendakwa ianya adalah satu portal palsu yang ingin menjatuhkan PR. Persoalannya sekarang kenapa baru sekarang pihak pembangkang menafikan sekeras-kerasnya bahawa SPR bukan portal mereka. PR turut memberikan peringatan kepada penyokongnya tentang wujudnya portal-portal palsu. Jika selama ini portal tersebut dengan sewenang-wenangnya menabur fitnah terhadap kerajaan, memaki hamun kepimpinan sedia ada dan banyak lagi artikel yang sebenarnya lebih rendah akhlak daripada tarian Sumazau itu sendiri, langsung tidak dinafikan. Malah dengan rasa sombong bodohnya mencanang bahawa sokongan rakyat kini bertambah kesan dari penulisan portal tersebut. PR sebenarnya rela dan redha jika blog-blog atau portal-portal mereka menghentam, menghina dan memaki pemimpin negara termasuklah PM. Berilah gambaran yang paling buruk terhadap pemimpin negara, mereka pasti menyokongnya dan ketawa puas. Seperkara lagi kenapa hanya blog Suara Pakatan Rakyat dan Penyokong Pas sahaja yang dinafikan. Bagaimana dengan blog-blog lain yang bersepah dimana kerjanya saban hari hanya menabur fitnah, tidakkah mahu diambil tindakan yang sama. Tapi dalam kes tarian Sumazau ini mereka telah tersalah langkah dan percaturan. Mereka telah mencuit rasa sensitiviti orang Sabah. Orang Sabah tidaklah bodoh sepertimana yang digambarkan oleh penulis SPR. Kebodohan itu lahir bila mana seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan fitrah manusia. Tiada salahnya dan bodohnya dalam tarian tersebut. Dah menjadi lumrah kerja PR suka menghina, walaupun niat asalnya ditujukan kepada Najib, namun orang Sabah melihat dari sudut yang berbeza. Pada mereka Najib menari tidak salah, yang salahnya SPR menghina budaya mereka. Dalam mana PR sedang berhempas pulas untuk memujuk orang Sabah agar menyokongnya, blog mereka memainkan isu bodoh ini. Sia-sia nampaknya bekas pemimpin kerajaan seperti Lajim Ukin melompat. Rupa-rupanya tempat dia melompat itu telah menghina dan merendahkan rakyat Sabah yang dilihat sebagai 'bodoh'. Ternyata PR terpaksa melupakan cita-cita untuk menawan Sabah. Mya Aleeza Said: BILA SUDAH MENIMBULKAN KEMARAHAN RAKYAT SABAH BARU PLA TERKETAR - KETAR MENAFIKAN TU BUKAN BLOG PEMBANGKANG..NILAH PADAHNYA BILA SENSITIVITI KAUM DISENTUH..KENA BUKTIKAN LA NGAN RAKYAT SABAH.

Tuesday 4 September 2012

Pelajar Kolej Ditahan

Kuala Lumpur: Polis menahan seorang pelajar kolej swasta di Cheras, semalam bagi membantu siasatan kes menghina gambar pemimpin negara di Dataran Merdeka pada 30 ogos lalu. Muhammad Ammar Abdul Rahman, 19, ditahan selepas menyerah diri di kolejnya sejurus tiba bersama ibu bapanya kira-kira jam 11 pagi semalam. Ditahan untuk siasatan, termasuk mengenalpasti motif di sebalik perbuatan melampaunya” - Abd Jalil Hassan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman Dia dipercayai pelajar yang membuka seluar dan menayangkan punggungnya atas gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika Himpunan Janji Demokrasi pada malam 30 ogos lalu. Boleh dipenjara lima tahun Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria, berkata dia disiasat mengikut akta Hasutan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan perbuatan dengan maksud mengaibkan yang boleh dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Penahanan dilakukan pegawai dan anggota pasukan petugas khas yang ditubuhkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bagi menyiasat kes itu selepas dimaklumkan kolej berkenaan. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan yang mengetuai operasi, berkata Ammar dipercayai melarikan diri ke kampungnya selepas menyedari diburu pihak berkuasa. “Bagaimanapun, atas desakan ibu bapa, dia kembali ke ibu negara pagi tadi (semalam) untuk menyerah diri sebelum ditahan. “Polis berterima kasih atas kerjasama keluarganya dan orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat berkaitan. “Dia kini ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut, termasuk mengenalpasti motif di sebalik perbuatan melampaunya pada malam kejadian,” katanya. Ambil keterangan rakan Polis turut mengambil keterangan tiga rakan sekuliah yang dipercayai merakam gambar perbuatan itu bagi membantu siasatan, tetapi tidak ditahan. Difahamkan, polis memeriksa unit kondominium sewaan pelajar terbabit di Taman Maluri untuk mencari bahan bukti berkaitan, termasuk pakaiannya pada malam kejadian bagi membantu siasatan. Antara elemen siasatan Ditanya sama ada perbuatan itu mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik, khususnya pembangkang, beliau berkata, perkara itu antara elemen yang diambil kira dalam siasatan. Sementara itu, Aziz berkata polis akan merujuk kes mengikut Enakmen Syariah atas kesalahan menunjukkan punggung di khalayak ramai. Perhimpuaan haram “Tindakan juga akan dikenakan terhadap penganjur Himpunan Janji Demokrasi mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2011 kerana mengadakan perhimpunan haram,” katanya. Beliau turut mengesahkan lebih 100 laporan dibuat di seluruh negara sehingga semalam berhubung perbuatan peserta Himpunan Janji Demokrasi mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dan menghina pemimpin negara. “Kita sedang mengesan 10 lagi individu yang gambar mereka disiarkan media. “Kita memberi tempoh 24 jam untuk menyerah diri di mana-mana balai polis atau bersedia dikenakan tindakan tegas jika enggan bekerjasama,” katanya. sumber: Berita Harian Online

Pijak Gambar PM dan Tunjuk Bontot!! sedih sgt

sumber: Empayar Pemuda Mya Aleeza said:Jari terpanggil untuk mencoretkan rasa terkilan dengan sikap segelintir masyarakat yang hilang adab ketimuran menghina gambar Perdana Menteri..aduiii budak belasan tahun yang masih jauh lagi perjalanan hidup sibuk berpolitik sehingga hilang adab kesopanan. Berani bertindak mahu jadi HERO MALAYA jadi jangan malu tampilkan diri ke Muka Pengadilan.Kedaulatan Negara sekali lagi tercemar apabila pada malam di ambang kemerdekaan, bendera Jalur Gemilang lambang kedaulatan Negara ingin ditukar. Nauzubillah..cukup - cukupla perbuatan dan niat yang mencalarkan sejarah Negara ku yang tercinta.

Tolak Pemimpin Pilih Perang Selesai Konflik

YOGYAKARTA 4 Sept. - Masyarakat antarabangsa perlu memanfaatkan proses demokrasi untuk menolak pemimpin yang memilih perang sebagai penyelesaian kepada sebarang masalah atau konflik. Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kuasa memilih pemimpin yang dimiliki oleh rakyat sesebuah negara boleh menjadi penentu kepada usaha menjadikan perang sebagai satu jenayah. ''Rakyat perlu menyokong calon pemimpin yang membuat akuan tidak akan berperang, menentang peperangan atau menjadikan perang sebagai satu jenayah. "Dengan itu, negara-negara akan mempunyai pemimpin yang bersetuju untuk menolak peperangan," katanya. Beliau yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) berkata demikian ketika berucap menyampaikan ceramah bertajuk Kedamaian Sejagat dan Kriminalisasi Perang: Inisiatif Serantau sempena kempen Perang Adalah Jenayah di Universiti Muhammadiyah di sini hari ini. Kunjungan PGPF ke kota Yogyakarta dalam usaha meluaskan kempen Perang Adalah Jenayah turut diisi dengan pameran perang di kampus utama universiti itu. Matlamat pengisian pameran berkenaan ialah untuk memperlihatkan kesan buruk peperangan terhadap nilai-nilai kemanusiaan sejak perang dunia pertama hingga kini. Kempen itu yang digerakkan oleh PGPF sejak tahun 2005 mula diperluaskan ke Indonesia iaitu sebuah negara yang dihuni oleh penduduk Islam teramai di dunia. Kempen kemanusiaan ini mendapat komitmen baru daripada gerakan Islam terbesar Indonesia, Muhammadiyah yang berikrar untuk menyokong PGPF memastikan kedamaian sejagat dikekalkan. Ikrar ini dilafazkan oleh Ketua Umum Pusat Muhammadiyah, Dr. Din Syamsudin. - UTUSAN Sumber: Utusan Online