Tuesday 18 September 2012

Isu Menghina Tarian Sabah, Pembangkang Tak Mengaku Portal Pembangkang

Artikel ini daripada Malaysia Instinct.. Tarian Sumazau Telah dimanipulasi sehingga menimbulkan kemarahan seluruh rakyat sabah Hangat diperkatakan oleh media Suara Pakatan Rakyat berhubung Tarian Sumazau yang dilihat sebagai rendah akhlak. Artikel tersebut telah mengundang rasa marah banyak pihak kerana menghina budaya sesuatu kaum. Rakyat Sabah terutamanya masyarakat dusun rasa terhina dek dikatakan sebagai penduduk yang berakhlak rendah dan bodoh. Parti Bersatu Sabah (PBS) telah membuat laporan polis mengenai artikel itu. Mereka melahirkan rasa kekesalan kerana pihak pembangkang memainkan isu yang sensitif. Artikel itu menurut PBS boleh menyumbang kepada masalah keselamatan dan ketenteraman awam. Tambahnya lagi perkataan 'bodoh' yang digunakan dalam tulisan tersebut tidak menggambarkan semangat Rukun Negara. Oleh kerana telah menjadi kes polis, pihak PR pun cepat melatah, mengatakan bahawa portal Suara Pakatan Rakyat (SPR) sebenarnya bukan portal mereka. Mereka juga mendakwa ianya adalah satu portal palsu yang ingin menjatuhkan PR. Persoalannya sekarang kenapa baru sekarang pihak pembangkang menafikan sekeras-kerasnya bahawa SPR bukan portal mereka. PR turut memberikan peringatan kepada penyokongnya tentang wujudnya portal-portal palsu. Jika selama ini portal tersebut dengan sewenang-wenangnya menabur fitnah terhadap kerajaan, memaki hamun kepimpinan sedia ada dan banyak lagi artikel yang sebenarnya lebih rendah akhlak daripada tarian Sumazau itu sendiri, langsung tidak dinafikan. Malah dengan rasa sombong bodohnya mencanang bahawa sokongan rakyat kini bertambah kesan dari penulisan portal tersebut. PR sebenarnya rela dan redha jika blog-blog atau portal-portal mereka menghentam, menghina dan memaki pemimpin negara termasuklah PM. Berilah gambaran yang paling buruk terhadap pemimpin negara, mereka pasti menyokongnya dan ketawa puas. Seperkara lagi kenapa hanya blog Suara Pakatan Rakyat dan Penyokong Pas sahaja yang dinafikan. Bagaimana dengan blog-blog lain yang bersepah dimana kerjanya saban hari hanya menabur fitnah, tidakkah mahu diambil tindakan yang sama. Tapi dalam kes tarian Sumazau ini mereka telah tersalah langkah dan percaturan. Mereka telah mencuit rasa sensitiviti orang Sabah. Orang Sabah tidaklah bodoh sepertimana yang digambarkan oleh penulis SPR. Kebodohan itu lahir bila mana seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan fitrah manusia. Tiada salahnya dan bodohnya dalam tarian tersebut. Dah menjadi lumrah kerja PR suka menghina, walaupun niat asalnya ditujukan kepada Najib, namun orang Sabah melihat dari sudut yang berbeza. Pada mereka Najib menari tidak salah, yang salahnya SPR menghina budaya mereka. Dalam mana PR sedang berhempas pulas untuk memujuk orang Sabah agar menyokongnya, blog mereka memainkan isu bodoh ini. Sia-sia nampaknya bekas pemimpin kerajaan seperti Lajim Ukin melompat. Rupa-rupanya tempat dia melompat itu telah menghina dan merendahkan rakyat Sabah yang dilihat sebagai 'bodoh'. Ternyata PR terpaksa melupakan cita-cita untuk menawan Sabah. Mya Aleeza Said: BILA SUDAH MENIMBULKAN KEMARAHAN RAKYAT SABAH BARU PLA TERKETAR - KETAR MENAFIKAN TU BUKAN BLOG PEMBANGKANG..NILAH PADAHNYA BILA SENSITIVITI KAUM DISENTUH..KENA BUKTIKAN LA NGAN RAKYAT SABAH.

Tuesday 4 September 2012

Pelajar Kolej Ditahan

Kuala Lumpur: Polis menahan seorang pelajar kolej swasta di Cheras, semalam bagi membantu siasatan kes menghina gambar pemimpin negara di Dataran Merdeka pada 30 ogos lalu. Muhammad Ammar Abdul Rahman, 19, ditahan selepas menyerah diri di kolejnya sejurus tiba bersama ibu bapanya kira-kira jam 11 pagi semalam. Ditahan untuk siasatan, termasuk mengenalpasti motif di sebalik perbuatan melampaunya” - Abd Jalil Hassan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman Dia dipercayai pelajar yang membuka seluar dan menayangkan punggungnya atas gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika Himpunan Janji Demokrasi pada malam 30 ogos lalu. Boleh dipenjara lima tahun Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria, berkata dia disiasat mengikut akta Hasutan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan perbuatan dengan maksud mengaibkan yang boleh dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Penahanan dilakukan pegawai dan anggota pasukan petugas khas yang ditubuhkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bagi menyiasat kes itu selepas dimaklumkan kolej berkenaan. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan yang mengetuai operasi, berkata Ammar dipercayai melarikan diri ke kampungnya selepas menyedari diburu pihak berkuasa. “Bagaimanapun, atas desakan ibu bapa, dia kembali ke ibu negara pagi tadi (semalam) untuk menyerah diri sebelum ditahan. “Polis berterima kasih atas kerjasama keluarganya dan orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat berkaitan. “Dia kini ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut, termasuk mengenalpasti motif di sebalik perbuatan melampaunya pada malam kejadian,” katanya. Ambil keterangan rakan Polis turut mengambil keterangan tiga rakan sekuliah yang dipercayai merakam gambar perbuatan itu bagi membantu siasatan, tetapi tidak ditahan. Difahamkan, polis memeriksa unit kondominium sewaan pelajar terbabit di Taman Maluri untuk mencari bahan bukti berkaitan, termasuk pakaiannya pada malam kejadian bagi membantu siasatan. Antara elemen siasatan Ditanya sama ada perbuatan itu mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik, khususnya pembangkang, beliau berkata, perkara itu antara elemen yang diambil kira dalam siasatan. Sementara itu, Aziz berkata polis akan merujuk kes mengikut Enakmen Syariah atas kesalahan menunjukkan punggung di khalayak ramai. Perhimpuaan haram “Tindakan juga akan dikenakan terhadap penganjur Himpunan Janji Demokrasi mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2011 kerana mengadakan perhimpunan haram,” katanya. Beliau turut mengesahkan lebih 100 laporan dibuat di seluruh negara sehingga semalam berhubung perbuatan peserta Himpunan Janji Demokrasi mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dan menghina pemimpin negara. “Kita sedang mengesan 10 lagi individu yang gambar mereka disiarkan media. “Kita memberi tempoh 24 jam untuk menyerah diri di mana-mana balai polis atau bersedia dikenakan tindakan tegas jika enggan bekerjasama,” katanya. sumber: Berita Harian Online

Pijak Gambar PM dan Tunjuk Bontot!! sedih sgt

sumber: Empayar Pemuda Mya Aleeza said:Jari terpanggil untuk mencoretkan rasa terkilan dengan sikap segelintir masyarakat yang hilang adab ketimuran menghina gambar Perdana Menteri..aduiii budak belasan tahun yang masih jauh lagi perjalanan hidup sibuk berpolitik sehingga hilang adab kesopanan. Berani bertindak mahu jadi HERO MALAYA jadi jangan malu tampilkan diri ke Muka Pengadilan.Kedaulatan Negara sekali lagi tercemar apabila pada malam di ambang kemerdekaan, bendera Jalur Gemilang lambang kedaulatan Negara ingin ditukar. Nauzubillah..cukup - cukupla perbuatan dan niat yang mencalarkan sejarah Negara ku yang tercinta.

Tolak Pemimpin Pilih Perang Selesai Konflik

YOGYAKARTA 4 Sept. - Masyarakat antarabangsa perlu memanfaatkan proses demokrasi untuk menolak pemimpin yang memilih perang sebagai penyelesaian kepada sebarang masalah atau konflik. Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kuasa memilih pemimpin yang dimiliki oleh rakyat sesebuah negara boleh menjadi penentu kepada usaha menjadikan perang sebagai satu jenayah. ''Rakyat perlu menyokong calon pemimpin yang membuat akuan tidak akan berperang, menentang peperangan atau menjadikan perang sebagai satu jenayah. "Dengan itu, negara-negara akan mempunyai pemimpin yang bersetuju untuk menolak peperangan," katanya. Beliau yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) berkata demikian ketika berucap menyampaikan ceramah bertajuk Kedamaian Sejagat dan Kriminalisasi Perang: Inisiatif Serantau sempena kempen Perang Adalah Jenayah di Universiti Muhammadiyah di sini hari ini. Kunjungan PGPF ke kota Yogyakarta dalam usaha meluaskan kempen Perang Adalah Jenayah turut diisi dengan pameran perang di kampus utama universiti itu. Matlamat pengisian pameran berkenaan ialah untuk memperlihatkan kesan buruk peperangan terhadap nilai-nilai kemanusiaan sejak perang dunia pertama hingga kini. Kempen itu yang digerakkan oleh PGPF sejak tahun 2005 mula diperluaskan ke Indonesia iaitu sebuah negara yang dihuni oleh penduduk Islam teramai di dunia. Kempen kemanusiaan ini mendapat komitmen baru daripada gerakan Islam terbesar Indonesia, Muhammadiyah yang berikrar untuk menyokong PGPF memastikan kedamaian sejagat dikekalkan. Ikrar ini dilafazkan oleh Ketua Umum Pusat Muhammadiyah, Dr. Din Syamsudin. - UTUSAN Sumber: Utusan Online

Monday 23 July 2012

PM serah zakat Felda RM30.6j

PUTRAJAYA 23 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan pembayaran zakat Kumpulan Felda berjumlah RM30.6 juta kepada 14 pusat zakat negeri. Jumlah itu adalah untuk pembayaran zakat tahun 2011 oleh Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) sebanyak RM10 juta (pembayaran zakat interim bagi keuntungan separuh tahun kewangan), Felda Holdings Bhd. (RM15.6 juta) dan Koperasi Permodalan Felda (RM5 juta). Najib menyerahkan zakat itu kepada negeri-negeri yang diwakili Menteri Besar, Ketua Menteri dan Majlis Agama Islam Negeri masing-masing pada majlis berbuka puasa di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, di sini. Bayaran zakat kali kelapan itu adalah hasil daripada keuntungan operasi perniagaan Kumpulan Felda bagi tahun kewangan 2011. Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pada majlis itu Perdana Menteri turut memotong pulut kuning dan kek ulang tahun hari lahirnya yang ke-59. Najib turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dari Rumah Ilham (Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr. Ismail), Rumah Anak-Anak Yatim dan Saudara Baru Shifa' dan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR). — BERNAMA Sumber: Utusan Online

Tuesday 19 June 2012

‘Fakta saintifik’ menunjukkan Lynas selamat, kata PSC

Oleh Shannon Teoh KUALA LUMPUR, 19 Jun — Lynas Corp semakin dekat dalam usaha untuk mendapat Lesen Operasi Sementara (TOL) untuk kilang nadir buminya selepas jawatankuasa pilihan khas (PSC) mengesyorkan pengeluaran lesen itu atas sebab “fakta saintifik” yang menunjukkan kilang kontroversial di Kuantan itu selamat. Maklum balas yang positif yang dibentangkan dalam laporan PSC itu datang hanya empat hari selepas Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menolak satu rayuan penduduk Gebeng yang membantah keputusan kerajaan untuk meluluskan lesen TOL untuk projek Lynas. Sebaliknya, kementerian itu telah mengenakan dua syarat baru ke atas Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), yang Lynas berkata ia tidak akan menghadapi masalah untuk memenuhi. Panel Parlimen itu, yang dulu diboikot pihak pembangkang, mengesyorkan satu jawantankuasa pemantauan yang dianggotai agensi regulatori, NGO dan pakar-pakar untuk memantau operasi kilang itu secara berterusan. Para pembangkang pernah mendakwa panel itu ditubuhkan cuma untuk “mengecat putihkan” projek yang bernilai RM2.5 bilion itu, “Jawatankuasa mengambil maklum bahawa melalui kajian, kadar purata dos sinaran di projek LAMP adalah 2 mSv setahun untuk pekerja (had dos tahunan dibenarkan adalah 20 mSv setahun) dan 0.002 mSv setahun untuk orang awam (had dos tahunan dibenarkan adalah 1 mSv setahun) dan ini menunjukkan bahawa kadar di projek LAMP adalah rendah dan selamat,” jawatankuasa itu menulis dalam laporannya yang akan dibahas oleh ahli Parlimen hari ini. “Jawatankuasa mengambil maklum bahawa berdasarkan fakta saintifik, LAMP mempunyai risiko kesihatan yang jauh lebih rendah berbanding aktiviti perlombongan, (loji Asian Rare Earth) ARE, loji pemprosesan torium dan loji nuklear.” Loji Asian Rare Earth (ARE) di Ipoh telah ditutup hampir dua dekad lalu kerana kebimbangan ada pencemaran radiasi yang telah dikaitkan dengan kadar leukemia dan kecacatan kelahiran di kawasan Bukit Merah yang lebih tinggi dari kawasan sekeliling. “Jawatankuasa berpuas hati bahawa projek LAMP telah memenuhi keperluan standard dan perundangan di Malaysia...Malahan, terdapat peruntukan undang-undang dan standard yang dikenakan ke atas projek LAMP adalah lebih ketat berbanding standard antarabangsa. Jawatankuasa mengesyorkan agar lesen Kelas A (Mengilang – Peringkat Pengendalian Sementara) atau (Temporary Operating Licence – TOL) dikeluarkan... (dan) satu jawatankuasa pemantauan (monitoring committee) dibentuk bagi memantau secara berterusan operasi LAMP.” “Jawatankuasa ini hendaklah dianggotai oleh agensi-agensi berkaitan serta penglibatan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan pakar bertauliah,” laporan itu menulis lagi. Syarikat yang berpangkalan di Sydney itu telah memberitahu The Malaysian Insider bahawa ia akan mengemukakan kertas cadangan hari ini untuk memenuhi terma baru yang kelihatan seperti halangan terakhir untuk mendapatkan TOL yang sudah lama dinantikan. TOL itu telah diluluskan pada bulan Februari tetapi telah ditangguhkan disebabkan protes dari penghuni. Tetapi, penghuni yang telah mengfailkan rayuan kepada MOSTI berkata mereka akan mencabar keputusan menteri itu di mahkamah, dan mengelar syarat-syarat yang dikenakan itu sebagai “rapuh (flimsy)” dan “tidak cukup spesifik dan tidak akan dapat melindungi atau menenangkan hati penghuni yang tinggal di kawasan itu.” Jawatankuasa pilihan khas untuk Lynas itu diluluskan di Dewan Rakyat pada bulan Mac walaupun pihak pembangkang mendakwa panel yang dianggotai sembilan orang itu tidak mempunyai terms of reference dan akan diguna untuk “mengecat putihkan” isu itu. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga telah menyoalkan keberkesanan jawatankuasa pilihan khas itu memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berkata kerajaan tidak perlu menurut hasil pengajian panel itu. Lynas telah berkata pada bulan lalu bahawa ia akan dapat memulakan operasi kilang nadir bumi di Malaysia dalam jangka masa beberapa minggu selepas pengerusi jawatankuasa pilihan khas, Datuk Seri Khaled Nordin mengelar loji itu “loji nadir bumi yang paling selamat di dunia.” Lynas juga telah berkata pada bulan April bahawa penangguhan dalam mendapatkan lesen untuk kilangnya, yang pada mulanya diluluskan pada bulan Januari, mungkin akan ada “akibat yang sangat serius” untuk tempahan bumi nadir bernilai RM80 bilion yang sudah diterima, kerana sudah ditempah untuk “10 tahun yang akan datang”. sumber: http://my.news.yahoo.com/fakta-saintifik-menunjukkan-lynas-selamat-kata-psc-052653681.html

Thursday 14 June 2012

Pas tidak patut timbul isu pilihan raya umum pada musim haji

KUALA LUMPUR 14 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas tidak sepatutnya menimbulkan isu pilihan raya umum diadakan pada musim haji kerana UMNO juga akan berhadapan situasi sama sekiranya ia benar-benar berlaku. Kata beliau, kewajipan menunaikan haji adalah fardu ain yang mesti ditunaikan setiap orang Islam yang berkemampuan dan terpulang kepada mereka untuk mempertimbangkan sama ada membuat penangguhan atau tidak tanpa dipengaruhi sesiapa. Tambahan pula, menurut Muhyiddin, tidak ada sesiapa pun yang tahu bilakah pilihan raya akan diadakan termasuk beliau sendiri. ''Apa yang penting jangan kita campur aduk hanya kerana kita takut kalau diadakan pilihan raya, maka penyokong atau pekerja yang disebut oleh Pas (tiada di tanah air). Sebenarnya, ia akan berlaku kepada semua pihak termasuk parti-parti lain bukan Pas sahaja. ''Ini kerana pelbagai pertimbangan lain yang akan dibuat oleh Perdana Menteri, bila sampai masa kalau nak bubar Parlimen, beliau akan buat keputusan. Saya tidak fikir adalah satu perkara wajar untuk kita kata jangan adakan pilihan raya waktu orang pergi haji atau waktu selesai haji, saya tidak tahu,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Rakyat 1Malaysia di pekan Sungai Besi di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta ahli parti itu yang terlibat dalam pilihan raya menangguhkan ibadat haji bagi menghadapi pilihan raya akan datang. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tan Chai Ho dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar. Terdahulu, beliau turut merasmikan pembangunan semula Masjid Jamek Ibnu Khaldun pekan Sungai Besi membabitkan kos RM9.5 juta dan dijangka siap pada tahun 2014. Dalam pada itu Muhyiddin berkata, Pas tidak wajar membuat desakan agar Perdana Menteri memberi jaminan pilihan raya tidak diadakan pada musim haji kerana ibadat itu adalah satu rukun kepada setiap orang Islam dan mereka patut mendahulukan perkara yang lebih utama. ''Setiap orang yang nak pergi haji mereka terpaksa menunggu lama dan ada antaranya terpaksa menanti sampai 10 tahun, jadi adakah wajar bagi mereka yang dah sampai giliran (buat penangguhan) biarpun dia tidak tahu bila tarikh pilihan raya hanya kerana mendengar cakap Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas) kata tak pergi, dia pun tidak pergi. ''Jadi mana yang lebih utama, lebih wajib? Saya fikir biar orang Islam berkenaan membuat pertimbangan sendiri,'' katanya. Sementara itu, beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, pihak pembangkang hanya membuat perang psikologi apabila mereka yakin boleh menang dalam pilihan raya umum akan datang hanya bersandarkan satu soal selidik yang dijalankan. Bagaimanapun, kata beliau, Barisan Nasional (BN) tidak akan tergugat dengan kenyataan itu kerana kekuatan dan kelemahan parti hanya akan diukur mengikut keadaan sebenar dan bukannya mengambil laporan daripada pihak ketiga. ''Kita tidak akan terpengaruh dengan tuntutan pembangkang kerana kita perlu turun ke bawah, kena tengok sendiri bagaimana keadaan sebenar. ''Kita tidak akan mengambil laporan pihak ketiga atau apa orang luar kata, sama ada betul atau tidak kerana ini soal strategi dan kita tidak akan umumkan strategi itu,'' aktanya. sumber: Utusan Online Mya aleeza: Hukum Agama tetap WAJIB..jgn dipolitikan demi kepentingan politik..

Sunday 10 June 2012

Kerajaan BN Penuhi Aspirasi Orang Muda - PM

Najib Tun Razak menendang bola ketika melawat gerai pameran sempena program 'TwtUpKami' di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. KUALA LUMPUR 9 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan yang menepati aspirasi serta tuntutan orang muda dan wajar golongan berkenaan secara berterusan memberi sokongan kepada parti itu untuk memimpin negara. Perdana Menteri berkata, dalam usaha kerajaan menjadikan masa depan negara lebih bersinar berbanding kejayaan dikecapi sekarang, transformasi yang dilaksanakan bukan sahaja membabitkan soal dasar tetapi turut memenuhi kehendak golongan muda. "Kerajaan sentiasa melakukan perubahan bukan sahaja dari segi dasar tetapi menepati tuntutan orang muda. Mereka mahu kerajaan menyediakan peluang dalam pendidikan, kemahiran, keusahawanan dan kreativiti agar apabila dewasa masa depan mereka lebih elok daripada hari ini. "Dasar transformasi negara adalah untuk mencapai masa depan yang lebih bersinar, justeru itu golongan muda harus melihat BN adalah kerajaan untuk mereka," katanya semasa berucap sempena program 'TwtUpKami' di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini. Hadir sama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan serta beberapa artis tersohor tanah air yang juga merupakan ahli komuniti Twitter. Dalam pada itu Najib berkata, sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa komited dengan kehendak generasi muda, seluruh pentadbiran BN kini begitu aktif dengan penggunaan media sosial kerana jika tidak disesuaikan dengan peredaran zaman, parti berkenaan akan beku. Ditanya mengenai pasukan bola sepak yang bakal memenangi kejohanan Euro 2012 pula, Najib memilih Sepanyol untuk sekali lagi muncul juara selepas berbuat demikian pada edisi 2008 walaupun beliau sendiri merupakan penyokong England. Sementara itu, menyentuh mengenai perancangan membangun bola sepak Malaysia, Perdana Menteri berkata, kerajaan bersedia memberi tajaan kepada mana-mana pemain tempatan yang berbakat bagi menimba ilmu di liga Eropah. - Utusan Online

Thursday 10 May 2012

UMNO Akan Sentiasa Dihadapan Untuk Rakyat Malaysia.. Tahniah & Selamat Ulangtahun ke-66 !!
UMNO komited dalam perjuangan meningkatkan kualiti hidup dan hak seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya memperjuangkan hak orang Melayu semata-mata, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan. Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, selama 66 tahun UMNO menerajui pemerintahan negara, parti itu tidak pernah sekalipun melakukan dasar mahupun pelan transformasi yang hanya memihak dan menguntungkan orang Melayu sahaja. "Memang teras perjuangan UMNO adalah bagi memperkasakan dan mendaulatkan hak orang Melayu, tetapi jika kita lihat dari dulu hingga kini tidak ada satu pun yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk sebuah kaum sahaja, dan jika ada mengapakah kerajaan kini beriya-iya mempromosikan identiti dan budaya 1Malaysia? "Kedai rakyat 1Malaysia (KR1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan banyak lagi dasar dan juga pemberian kerajaan kepada rakyat untuk mengurangkan beban tidak hanya menfokuskan kepada orang Melayu sahaja, maka saya anggap UMNO sehinggi kini telah terlalu banyak membantu dan menjaga kebajikan rakyat di negara ini keseluruhannya," katanya dalam program "Soal Jawab" terbitan TV3 malam tadi. Program wawancara itu dipengerusikan oleh Datuk Johan Jaafar, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad. Turut menjadi panel tamu pada program yang membincangkan hala tuju UMNO sempena ulang tahun ke-66 penubuhan parti itu ialah bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang. Ditanya perbezaan UMNO pada tahun 2008 dan pada masa sekarang bagi menghadapi pilihan raya umum, Ahmad Maslan berkata, kekuatan UMNO pada kali ini berada ditahap optimum yang mana ia juga melibatkan peringkat akar umbi. "2008 dahulu kita dilanda "tsunami" ekoran lima negeri kita kalah dan terpaksa diserahkan kepada pembangkang tetapi kini atas komitmen dan gerak kerja yang saya lihat Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lakukan tidak mustahil kita mampu peroleh apa yang kita rancang untuk pilihan raya akan datang nanti. "UMNO juga semakin matang dan ia boleh dilihat sendiri apabila presiden sendiri memohon maaf kepada anggota parti atas kesilapan dan kekhilafan pimpinan lalu yang menyebabkan kita tidak memperoleh kemenangan yang "total" semasa 2008," katanya - utusan Myaaleeza said: UMNO dulu kini dan selamanya...banyak membawa pembangunan di daerah kami...Terima Kasih!!! Bak Kata Pemimpin tempat aku "UMNO membawa Perubahan, Tulang belakang Kerajaan"

Thursday 3 May 2012

Media UMNO: Menteri KDN, DS Hishamuddin secara Ekslusif memberitahu UMNO Media - Online, Pihak Polis telah pun kenalpasti lebih 100 Individu yang boleh membantu Polis untuk menahan mereka yang melakukan rusuhan pada Perhimpunan Ganas Bersih 3 pada 28 April lalu. Katanya Polis KL hari ini mula dedahkan 49 gambar mereka & Gambar tersebut boleh dilihat di UMNO Online di ruangan 'Bersih Ganas'

BERSHIT 3.0: calar Imej Negara

Pertanyaan daripada seorang Rakan dari Negara lain buat aku tersentak sejenak, Adakah Negara ku tidak aman lagi??? apabila melihat tentang Perhimpunan Bersih 3.0, keganasan dan huru hara yang ditimbulkan oleh puak - puak Pembangkang, pada 28 April 2012, memang mengambarkan Negara kita tidak seaman yang dulu. Sebagai seorang Rakyat Malaysia, saya sangat sedih melihat apa yang berlaku. Demonstarsi Jalanan kerap berlaku. Inikah gambaran yang ingin kita tonjolkan??? apakah kita harus memilih pemimpin yang mengarahkan Rusuhan Bersih 3.0 seperti dalam paparan Video di bawah:- APakah kita ingin penyokong yang hilang perikemanusiaan seperti di bawah:-
Aku inginkan sebuah Negara yang aman..aku tidak perlu pemimpin pembangkang yang mengunakan pendekatan Anwar's Reverse Pyshology (ARP) untuk salahkan Polis. sama seperti "Baling Batu sembunyi Tangan. Aku mengharapkan agar mereka yang terlibat dengan Perhimpunan BERSIH 3.0 akan dihadapkan ke Mahkamah dan diambil tindakankan kerana telah melanggar syarat2 Demonstrasi Aman yang telah diluluskan. Mereka Penderhaka dan Pengkhianat kepada Bangsa, Agama dan Negara. Kenapa Perlu dibiarkan berpanjangan? Mereka banyak menimbulkan Huru Hara, Keruntuhan Akhlak dan Imej kepada Negara Kita.

Tuesday 24 April 2012

Tuesday 27 March 2012

Ketua Pembangkang dicabar minta Mahkamah segerakan kes saman

KUALA LUMPUR 27 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar memfailkan notis permohonan bagi menyegerakan proses perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta terhadap Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. dalam masa terdekat.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, Ketua Pembangkang itu tidak sepatutnya mengambil tindakan undang-undang semata-mata untuk menutup mulut Nallakaruppan.

"Kita tidak mahu kes saman yang terbaru ini ditangguhkan seperti beberapa kes lain yang pernah difailkan di mahkamah.

"Tindakan Anwar melambat-lambatkan proses undang-undang boleh dianggap sama seperti menafikan keadilan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas saman yang difailkan oleh Anwar melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam, susulan dakwaan Nallakaruppan yang mengaitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan aktiviti biseksual

sumber: Utusan online

Myaaleeza said: jika berada di pihak yang betul usah dilambatkan samannya..sahut cabaran yang sedia ada untuk segerakan kes saman..baru dapat dinilai sapa benar dan siapa salah..sekadar renungan..

Thursday 22 March 2012

Setiausaha Agung PBB Puji Konsep 1Malaysia

NAJIB berjabat dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon ketika kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri di Putrajaya, semalam


2012/03/23
PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon memuji konsep 1Malaysia diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak yang disifatkannya sebagai visi hebat mengukuhkan perpaduan rakyat negara ini.

Beliau berkata, konsep 1Malaysia itu juga selari usaha pertubuhan antarabangsa itu dalam mempromosikan perpaduan untuk penduduk dunia yang berbeza agama, etnik dan budaya.
“Malaysia adalah negara yang mempunyai pelbagai etnik, agama, budaya. Konsep 1Malaysia yang dibuat untuk mempromosikan perpaduan masyarakat adalah satu visi hebat bukan saja untuk rakyat Malaysia, malah rantau ini.
“Ini yang PBB selama ini usahakan di seluruh dunia,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri sempena dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia di sini, semalam.

Ki-moon juga kagum dengan pencapaian Malaysia di bawah pentadbiran Najib dalam aspek kematangan politik dan demokrasi serta pembangunan sosial ekonomi negara ini.

“Malaysia adalah antara negara membangun yang boleh berkongsi pencapaiannya dengan negara lain dan saya berharap Malaysia akan terus menyediakan kepakaran dan pengalaman kepada negara lain bukan saja di rantau ini malah seluruh dunia,” katanya.

Beliau juga menghargai sumbangan dan komitmen kukuh Malaysia dengan penyertaannya dalam misi keamanan di pelbagai negara bergolak sejak merdeka.
Di KUALA LUMPUR, Ki-moon ketika menyampaikan ucapan khas bertajuk ‘Malaysia dan PBB Dalam Dunia Sedang Berubah’ di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar di sini, turut memuji usaha kerajaan melaksanakan pelbagai transformasi, termasuk penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya serta pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selain itu, beliau turut menghargai usaha Malaysia menentang ektresmisme menerusi Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang diilhamkan Najib, malah negara boleh bekerjasama rapat dengan Perikatan Ketamadunan PBB bagi tujuan sama.

Malah, katanya, Malaysia adalah rakan PBB dengan menyumbang kepada pelbagai usaha murni, termasuk menyertai 25 operasi pengaman di lebih 20 negara seluruh negara.

sumber:Berita Harian online

myaaleeza said: Setiausaha PBB dan memuji Konsep 1Malaysia..bila dah luar puji tak kan kita yang kat dalam Malaysia ini nak pertikaikan lagi konsep 1Malaysia..

Monday 19 March 2012

'Tiada desakan mana-mana pihak keluar UMNO'

2012/03/20
Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir

KUALA LUMPUR: Bekas veteran UMNO, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir semalam menegaskan keputusannya untuk keluar daripada UMNO dibuat tanpa desakan mana-mana pihak.

Beliau yang dihubungi pemberita bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebab mengapa keputusan keluar daripada parti keramat Melayu itu dilakukan.
“Kita akan adakan sidang media nanti (Jumaat ini). Di situ, saya akan jelaskan semua perkara, termasuk sebab musabab berhubung pengumuman keluar daripada UMNO serta tumpuan saya selepas ini,” katanya.

Semalam, dalam satu kenyataan ringkas yang diterima media, bekas menteri Kabinet itu mengisytiharkan keputusannya untuk keluar daripada UMNO mulai semalam.

Beliau yang tidak menyatakan sebab pengunduran itu turut memaklumkan sudah pun mengirimkan surat (keluar daripada UMNO) kepada Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatannya selaku Bendahari UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, iaitu jawatan terakhirnya dalam UMNO.

Isu itu timbul apabila sebuah berita portal melaporkan Abdul Kadir mendakwa beliau diberikan sejumlah wang tunai dan diagihkan kepada pengundi antara RM200 hingga RM1,000 bertujuan membeli undi pada pilihan raya umum lalu.

Sehubungan itu, baru-baru ini Abdul Kadir menyatakan wang yang digunakan untuk kempen pilihan raya umum lalu bagi membeli undi disifatkan sebagai taktik ‘bom’.

Berita Harian Online

myaaleeza said: keluar parti adalah lebih baik dari terus bertahan menjadi duri dalam parti..

Sunday 11 March 2012

Shahrizat Lepaskan Jawatan Menteri.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh beliau sebagai senator berakhir 8 April ini.

"Pada 8 April, apabila tamat penggal sebagai ahli Dewan Negara, saya akan undur diri," kata beliau kira-kira 4 petang tadi.

Khidmat anggota Dewan Negara adalah selama tiga tahun dan boleh disambung satu penggal lagi.

Beliau dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada 9 April 2009 selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri dan seterusnya anggota Kabinet. Beliau gagal mempertahankan kerusi Lembah Pantai dalam pilihan raya umum 2008.

Shahrizat berkata beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno yang dimenangi tiga tahun lalu. Beliau juga merupakan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN)

Katanya, beliau akan menghantar surat makluman keputusannya kepada Najib dalam waktu terdekat.

Beliau juga menafikan keputusannya diambil ekoran tekanan mana-mana pihak ataupun disebabkan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Saya ingin ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada Najib dan timbalan beliau dan rakan-rakan jemaah menteri, kerana telah mendapat kerjasama begitu baik.

"Selama 10 tahun menjalankan tugas sebagai menteri, saya sempat membawa beberapa perubahan," kata beliau pada Majlis Karisma Keluarga: Jalinan Kasih 2012 di Desa Water Park.

Keputusan Shahrizat berundur adalah keputusan tepat untuk menutup semua kontroversi NFC. walaupun keluarga beliau belum dihukum bersalah oleh mahkamah. Namun DS Shahrizat mengambil langkah untuk meletakkan jawatan sebagai menteri apabila Penggal Beliau sebagai senator berakhir pada 8 April, kekal Jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO dan Ketua Wanita Barisan Nasional. Kontroversi sudah berlaku jadi keputusan terbaik adalah mengundur diri daripada Kerajaan yang sedang berjuang untuk mengekalkan kuasa dalam PRU 13. Shahrizat boleh membersihkan nama jika benar-benar tidak bersalah dan insyallah kalau ada rezeki boleh kembali semula sebagai Menteri Kabinet apabila semua kontroversi NFC sudah selesai dan paling penting Barisan Nasional menang pada PRU 13.




sumber: http://brojinggo.blogspot.com/

Keputusan Shahrizat berundur adalah keputusan tepat untuk menutup semua kontroversi NFC. walaupun keluarga beliau belum dihukum bersalah oleh mahkamah. Namun DS Shahrizat mengambil langkah untuk meletakkan jawatan sebagai menteri apabila Penggal Beliau sebagai senator berakhir pada 8 April, kekal Jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO dan Ketua Wanita Barisan Nasional. Kontroversi sudah berlaku jadi keputusan terbaik adalah mengundur diri daripada Kerajaan yang sedang berjuang untuk mengekalkan kuasa dalam PRU 13. Shahrizat boleh membersihkan nama jika benar-benar tidak bersalah dan insyallah kalau ada rezeki boleh kembali semula sebagai Menteri Kabinet apabila semua kontroversi NFC sudah selesai dan paling penting Barisan Nasional menang pada PRU 13.

myaaleeza said:setiap manusia tidak lari dari membuat kesilapan dalam hidup.Siapalah kita untuk terus menghukum orang yang belum dijatuhkan hukuman. Undang - undang manusia ni lebih kejam daripada undang - undang Tuhan. sekadar renungan bersama.

sumber:http://denaihati.com/shahrizat-berundur-keputusan-tepat?awt_l=4goag&awt_m=3aGp2W2ztd3xr4x



Tuesday 6 March 2012

Bekas SU Anwar sahkan PKR dibantu AS

Published by AIDC on March 7, 2012 | 0 Comment

KUALA LUMPUR 6 Mac – Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS) bagi menggulingkan kerajaan ternyata benar apabila ia diakui sendiri beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah mereka mendakwa, bantuan latihan serta kewangan disalurkan AS dalam menjayakan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai boneka tidak terhad menerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semata-mata sebaliknya turut melibatkan parti PKR.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, perkara itu telah lama berlaku dan beliau sendiri pernah melalui pengalaman dididik dengan doktrin demokrasi ala AS yang menjunjung tinggi nilai kebebasan bersuara dan kesamarataan dalam masyarakat.

Sambil mengakui doktrin tersebut berbahaya kepada kelangsungan Malaysia, Anuar berkata, prinsip berkenaan kini dipegang erat PKR sehingga Anwar sendiri sanggup menyokong kebebasan seksualiti meskipun bertentangan dengan budaya dan agama Islam – Utusan

myaaleeza said:Apa kata penyokong Anu war bila bekas Setiausaha sulit Anuwar sahkan bantuan As...jangan kerana cita - cita ingin ke Putrajaya mengaburi semuanya..Ni kali la jadi LAIN KALI LA..fikir - fikir dan renung - renungkan la dimana nasib anak bangsa..Apakah kita mau jadi seperti Negara yang pernah dibantu oleh AS..Sejarah telah membuktikan semuanya..

Video ketegasan Tun Dr. Mahathir kepada kekejaman Yahudi.




Myaaleeza said: Ketegasan dan Pendirian Tun Mahathir terhadap kekejaman Yahudi..

Kerajaan siarkan surat Dr. Mahathir kepada tiga PM Israel

29/02/2012 8:16pm

KUALA LUMPUR 29 Feb. - Kerajaan hari ini menyiarkan kepada umum tiga pucuk surat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel yang jelas menunjukkan ketegasan Malaysia terhadap kekejaman Israel.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, ketiga-tiga surat itu ialah bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan Malaysia tidak konsisten dalam pendirian dan dasarnya berhubung Palestin.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, surat berkenaan ialah; i) Surat daripada Dr. Mahathir Mohamad kepada Yitzhak Rabin, Perdana Menteri Israel, bertarikh 21 Disember 1993; ii) Surat daripada Dr. Mahathir Mohamad kepada Benyamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel, bertarikh 14 Mac 1997; dan iii) Surat daripada Dr. Mahathir Mohamad kepada Ehud Barak, Perdana Menteri Israel, bertarikh 8 Jun 1999.
Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak ketika melawat Melaka pada 24 Februari dan Sekinchan, Selangor pada 26 Februari telah menyatakan kesediaan Kerajaan Malaysia
untuk menyiarkan kepada umum beberapa pucuk surat Mahathir kepada Perdana Menteri Israel. BERNAMA

sumber :  Utusan Online

Tiga Surat Tun Dr. Mahathir kepada PM Israel
DR MAHATHIR’S LETTER TO EHUD BARAK
PRIME MINISTER MALAYSIA
8 June 1999 His Excellency
Mr Ehud Barak
Prime Minister Elect of Israel
TEL AVIV
Your Excellency,
May I extend my congratulations on your victory in the recent elections. With this impressive mandate, I hope that you and your coalition partners will be able to guide the destiny of the people of Israel at the threshold of a new Century.
I would like to take this opportunity to reiterate that Malaysia has always sought peace and the settlement of problems between neighbours through negotiations. It is therefore our hope to see the mutual implementation of the agreements signed between the PLO and Israel.
We also believe that if the peace process is to be salvaged, sincere and effective steps must be taken to honour commitments.
As an important partner in the peace process it is crucial for Israel to be more accommodating. The Palestinians have made major sacrifices. They no longer demand the elimination of Israel.
They are even prepared to share Jerusalem with you. It is therefore timely that Israel respond positively so as to sustain the hopes of the people in both Palestine and Israel.
Solemn commitments made by a previous Goverment must be honoured. The alternative I am afraid, would be a permanent state of conflict and regional instability extending into the next Century. This is certainly a prospect that must be avoided.
The crux of the problem is that no party should revert to the old ways of taking what belongs to others, on the one hand and instigating hatred and violence, on the other.
Malaysia cannot countenance aggression by anyone, whether friend or foe. Any country that forcibly takes over land and properties of others, or demolishes dwellings belonging to others in order to set up its own settlements cannot be said to be sincere in wanting peace.
Malaysia is of the firm conviction that the security of all countries in West Asia can only be assured with the establishment of a just, lasting, and comprehensive peace in the region. This must be based on the principle of “exchange of land for peace” and the establishment of an independent Palestinian state with East Jerusalem as its capital.
The world looks forward to Israel under your leadership, to push forward the peace process with true determination. It is my sincere hope that the attainment of a comprehensive settlement in the region would allow Malaysia to realistically envisage a positive move towards the establishment of normal relations with Israel.
Yours sincerely,
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
DR MAHATHIR’S LETTER TO BENJAMIN NETANYAHU
PRIME MINISTER MALAYSIA
14 March 1997 His Excellency
Mr Benjamin Netanyahu
Prime Minister of Israel JERUSALEM
Your Excellency,
Your letter dated January 23rd only reached me yesterday. I appreciate very much your taking the trouble to inform me on the situation in Palestine and the region.
Unfortunately much of what you have written has been overtaken by events.
Malaysia believes in peace and in settlement of problems between neighbours through negotiations. As a last resort, we turn to third parties.
In disputes over territories between Malaysia and Singapore and Malaysia and Indonesia we have agreed to get the World Court to decide.
Dispute between Malaysia and Thailand over territorial waters was resolved by agreeing to share the non-marine resources equally.
Within the country, disparities in wealth distribution between the indigeneous people and those of immigrant origins were resolved through affirmative action in which the have nots would have a bigger share of a growing economic cake but there would be no expropriation and redistribution of what already belonged to the descendants of immigrants.
Everyone has very nearly a fair share now and everyone is fairly satisfied. Relations between the different races in Malaysia are good and not disruptive.
The important point I would like to stress is not to take what already belongs to others even though historically they may be yours. Lately, Israel has been pulling down Arab dwellings in order to erect houses for Israelis.
The whole world, including your ally, the United States condemns this. But Israel has gone ahead.
You condemn Syria for making threats. But their threats are the response to your own action. If you forcibly take over land and property belonging to the Palestinians, the only response if they are not to violently act against you, is to threaten to act against you.
If they cannot retaliate and they cannot voice their intended retaliation, than they would have to submit to all your action no matter how wrong. What you are doing now is against the spirit and the letter of the peace process agreed to by your predecessor.
How can we trust Israel if a change in the government negates solemnly given undertakings by a Government of Israel. Please reconsider your decision to build new Jewish settlements on Arab land.
The Israeli youths are here. Our intention is to show them that Muslims are normal rational people who want to live in peace and freedom. We hope that they will have a new impression of Muslims and Islam.
There will be aberrations among Muslims but there are also aberrations among Jews and Christians and people of every religion. No religion should be judged by these aberrations.
We hope that the youths will understand Muslims better and will want to be at peace with them. To have peace you have to make sacrifices. The Palestinians no longer demand the elimination of Israel. They are even prepared to share Jerusalem with you. They have made sacrifices.
We should remember that when Jews were persecuted in Europe, they had always found sanctuary among Muslims in Muslim countries. We don’t regard Israelis as eternal enemies. But we cannot help but sympathise with the Palestinians because their land is being taken away from them now.
It may have belonged to Jews three thousand years ago. A lot of traditional Malay land have been made part of Thailand. But we are not claiming Southern Thailand as part of Malaysia. If we go too far into the past we cannot live with our neighbours.
We are ready to have economic and technological cooperation with Israel but we cannot do so yet because you have not honoured commitments made by a legitimate Government of Israel.
We would like to think that once we have established relations with you, it would be permanent.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
DR MAHATHIR’S LETTER TO YITZHAK RABIN
PRIME MINISTER MALAYSIA
21 December 1993 His Excellency
Mr Yitzhak Rabin
Prime Minister of Israel
JERUSALEM
I would like to thank you for your letter of 17 October informing me about the Agreement of Principles and Mutual Recognition between Israel and the PLO.
My government supports this positive development and views it as a first step towards the realization of a comprehensive solution to the Middle East problem.
As a demonstration of Malaysia’s support to this development my country was represented at the Donor’s Conference to support The Middle East Peace held in Washington and subsequently pledged a modest financial contribution to the Palestinians to assist in their new tasks. My government has also offered the Palestinians technical assistance under the Malaysian Technical Cooperation Programme.
Malaysia as a matter of general principle is prepared to develop relations with Israel at the appropriate time. In the meantime, we would like to see tangible progress in the implementation of the peace agreement.
The Middle East problem particularly the Palestinian issue has been a cause of instability to the region and I hope the recent agreement between Israel and PLO would contribute to lasting peace to the area.
I look forward to normal relations with Israel. (this last sentence is hand written)
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD http://denaihati.com/surat-tun-dr-mahathir-kepada-pm-israel

Tuesday 14 February 2012

MediaUMNO: Exco Wanita UMNO, Suraya Yaacob berkata: Kata dua Nik Aziz kepada Anwar agar menarik kenyataannya yang menyokong Israel lebih bersifat politik katanya kepada UMNO -Online. Kenyataan sokongn Israel sudah lama dibuat Anwar kenapa baru sekarang PAS beri kata uda dan dia tidak terkejut jika selepas ini Nik Aziz akan buat U - turn seperti mana isu - isu sebelum ini untuk selamatkan Anwar dan Pembangkang.

Monday 13 February 2012

PAS Desak Anwar tarik balik Kenyataan

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
pengarang@utusan.com.my

KOTA BHARU 13 Feb. - Pas hari ini mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menarik balik kenyataannya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel seperti yang disiarkan dalam The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga meminta Anwar supaya menyaman WSJ sekiranya kenyataan tersebut telah diputar-belitkan oleh media berkenaan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa tertinggi parti itu dan Majlis Syura Ulama Pas bermesyuarat di Kuala Lumpur semalam.

"Jawatankuasa Agung dan Majlis Syura membuat keputusan meminta saya mengirim surat kepada Anwar supaya menarik balik kenyataannya mengenai Israel sebagaimana yang disiarkan dalam WSJ.

"Sekiranya kenyataan WSJ tidak tepat, kita harap Anwar menyaman WSJ. Saya telah menandatangani surat di Kuala Lumpur semalam dan insya-Allah surat itu akan dihantar oleh Setiausaha Majlis Syura selepas ini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis makan malam bersama Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan di Hotel GRV di sini malam ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Anwar dalam wawancara dengan WSJ baru-baru ini menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjaga keselamatan negara Israel.

Ia telah mencetuskan bantahan umat Islam, malah ramai yang terkejut dengan kenyataan Anwar itu termasuk diplomat negara-negara Islam antaranya Duta Palestin ke Malaysia, Abdel Azeez Abughoush.

Menteri Besar itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai pendapat banyak pihak bahawa Anwar mengeluarkan kenyataan itu hanya untuk menarik sokongan dari negara asing.

"Bila kita bersahabat kewajipan kita adalah tegur-menegur, apa yang kita tengok kawan kita tidak betul kita tegur, apa yang kawan kita tengok kita tidak betul dia tegur kita, itu ajaran agama.

"Saya telah tunaikan tanggungjawab sebagai seorang kawan dan Mursyidul Am Pas supaya dia tarik balik kenyataannya mengenai Israel kerana Israel ini negara haram. Saya telah sebut kepada Duta Amerika Syarikat ketika dia datang ke pejabat saya dua tahun lepas, saya kata kalau selipar Jepun sekali pun tidak ada hak untuk ambil negara kita, inikan pula negara Palestin. Siapa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pandai-pandai bahagi dua bumi Palestin," katanya.

Sunday 12 February 2012

Media UMNO: Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose dalam wawancara eksklusifnya bersama UMNO - Online berkata Pembangkang tidak layak berkerajaan apatah lagi ketuanya, Anu war Ibrahim yang mahu dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana karektornya yang tidak tetap dan sering berubah - ubah.

myaaleeza: Fikir dan renung2kan la apa akan jadi kepada Negara bila pemimpin mempunyai karektor yang tidak tetap dan sering berubah - ubah..alamat kita tiada pendirian la jawabnya..

Wednesday 1 February 2012

Zulkifli Noordin : Apa Pendirian PAS, Bila Anwar Sokong Israel

Salam 2 all.

“Saya menyokong usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel”, begitu petikan wawancara bersama Anwar Ibrahim menurut lapuran terbaru sebuah media yang dikuasai Yahudi, Wall Street Journal.

Dan itulah persoalan yang hangat diperbincangkan didunia cyber, kedai kopi, disurau masjid dan banyak tempat lain! Ramai yang bertanya, apa kejadahnya Anwar membuat kenyataan saperti yang dilapurkan di Wall Street Journal itu? Wartawan WSJ tersebut menyatakan “Anwar hanya tidak menyebut samada dia akan membuat sebarang hubungan diplomatik dengan Israel” jika dia menjadi Perdana Menteri.

Umum mengetahui Kerajaan Malaysia adalah antara satu-satunya Kerajaan didunia ini yang tidak mengiktiraf rejim zionis Israel, malah kita langsung tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan negara haram Israel. Didalam paspot antarabangsa Malaysia tercatat jelas rakyat Malaysia dilarang mengunjungi Israel! Pendirian kita terhadap rejim zionis Israel jelas dan konsisten sejak merdeka lagi!

KERAJAAN & RAKYAT MALAYSIA TIDAK MENGIKTIRAF REJIM ZIONIS ISRAEL!

SANDIWARA POLITIK DUALAM

Pada teman, kenyataan Anwar Ibrahim “menyokong usaha melindungi keselamatan Israel” kepada Wall Street Journal adalah bukti sandiwara politik dualam yang dimainkan oleh Anwar. Jelas sikap hipokrit dan talam dua muka Anwar dalam isu ini!

Buktinya? Jangan lupa inilah juga manusia yang menyerang Dato’ Sri Najib dan Kerajaan Malaysia habis-habisan dengan fitnah APCO! Konon Najib dikelilingi oleh penasihat Yahudi melalui APCO Worldwide Konon Kerajaan Malaysia, termasuk pasukan keselamatan PDRM telah diresapi oleh Yahudi melalui APCO Worlwide. Habis diperdaya rakyat dan ditakut-takutkan umat Islam bahawa Kerajaan Malaysia kini dikuasai Yahudi melalui APCO Worldwide.

Sedangkan satu dunia tahu bahawa APCO Worldwide bukan milik Yahudi! APCO Worldwide adalah badan perunding yang ditubuh oleh sebuah syarikat guaman Amerika bernama Arnold-Procter Company (membawa kepada singkatan APCO) untuk membantu klien dan anakguam mereka dalam soal perundingan dan konsultansi.

Dan sebuah lagi badan bernama APCO, iaitu akronim kepada American Protocol Communication Outfit (APCO), badan yang menyediakan perkhidmatan rundingcara dan pembekalan bahan-bahan hubungan radio dua-hala (walkie talkie contohnya). Inilah antara badan yang memberi khidmat nasihat kepada pihak PDRM dalam hal hubungan radio dua-hala. saperti walkie-talkie Langsung tidak ada kena mengena dengan APCO Worldwide, badan perundingcara diatas.

Tetapi Anwar Ibrahim tidak pedulikan semua itu. Yang penting kepentingan politik sempit dia. Habis diputarbelit dan diputar cerita konon Dato’ Sri Najib, PDRM dan Kerajaan Malaysia diresapi dan dikuasai Yahudi melalui APCO!

Tetapi kepada media yang dikuasai Yahudi saperti Wall Street Journal, Anwar main wayang lain. Disitu, dia tahu pembacanya adalah Yahudi atau pro-Yahudi! Maka keluarlah kenyataan menyokong Israel pulak. Sampai sanggup menyokong usaha melindungi keselamatan rejim Israel!

Teman berharap rakyat Malaysia dan umat Islam khususnya dapat melihat dengan jelas bukti manusia yang bermain saniwara politik dualam ini. Semuanya hanya untuk kepenting politik dia. Kerana kita tahu Anwar memerlukan sokongan Yahudi dalam memenuhi nafsu dia mahu bertakhta di Putrajaya!

HUBUNGAN ANWAR-YAHUDI

Hubungan Anwar dengan Yahudi ini sudah diketahui umum. Teman sendiri semasa masih bersama Anwar berasa sangat pelik apabila kami pergi Munich (konon untuk rawatan sakit belakang dia) pada tahun 2004. Tiba-tiba Setiausaha Pertahanan (Menteri Pertahanan) Amerika Paul Wolfowitz datang menziarahi dia. Begitu jauh dia terbang dari Amerika hanya untuk menziarahi Anwar!

Sedangkan Paul Wolfowitz adalah Zionis Yahudi yang menjadi akitek kepada pencerobohan dan serangan terhadap negara umat Islam Iraq dan Afghanistan! Ratusan ribu rakyat Iraq & Afghanistan mati dibunuh ditangan tentera Amerika la’natullah ini.

Tiba-tiba Wolfowitz terpacul di Arabella Hotel, Munich untuk bertemu menziarahi Anwar. Kebetulan teman ada pada masa itu. Teman dapat lihat kemesraan dua manusia ini, hubungan yang bukan sekadar diplomatik, tetapi lebih daripada itu. Apa yang berlaku dalam bilik pada masa itu, insyallah nanti bila tiba masanya, dan jika ada keperluan, akan teman dedahkan! Tetapi cukup sekadar peringkat ini rakyat ketahui Anwar memang punya hubungan yang sangat akrab dengan dalang zionis Yahudi Paul Wolfowtiz ini; yang ditangannya bergelumang dengan darah umat Islam!

Cuma mike jangan lupa Wolfowitz lah yang melantik Anwar sebagai Pengerusi badan International Foundation For the Future (IFFF), dan dia juga terlibat dalam perlantikan Anwar sebagai pensyarah di John Hopkins University.

Apabila timbul skandal Wolfowitz dengan teman wanitanya Shaha Ali Riza yang merupakan eksekutif kanan di Bank Dunia, Wolfowitz meletakkan jawatan sebagai Presiden Bank Dunia. Dan teman wanitanya Shaha Ali Riza dipindahkan ke badan IFFF dimana Anwar adalah Pengerusi yang dilantik Wolfowitz! Anwar yang menulis surat kepada Robin Cleveland, penasihat undang-undang Wolfowitz tahun 2006 untuk meminta Shaha dipindahkan ke IFFF. Mike tak nampak lagi jaringan-skandal Anwar dengan Wolfowitz zionis Yahudi la’natullah ni yop?

Jangan lupa hubungan Anwar dengan Martin Indyk, seorang Yahudi yang juga bekas Duta Amerika ke Israel. Juga hubungan Anwar dengan seorang lagi Yahudi bernama James Wolfensohn, bekas Presiden Bank Dunia. Dan rakyat Malaysia pasti tak lupa hubungan akrab Anwar & Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika yang begitu biaDAP menghina Kerajaan Malaysia semasa datang sebagai tetamu Kerajaan dalam sidang APEC 1998 di Kuala Lumpur.

Begitu juga hubungan akrab Anwar dengan seorang lagi yahudi bernama William Cohen, bekas Setiausaha (Menteri) Pertahanan Amerika semasa zaman Presiden Bill Clinton. Dan jangan lupa juga Michael Danby, seorang keturunan Yahudi yang menjadi Ahli Parlimen di Australia, menjadi penyokong kuat kumpulan seks bebas Gay & Lesbian di Australia, dan mengetuai kumpulan beberapa Ahli Parlimen Australia yang mendesak Kerajaan menggugurkan tuduhan liwat Anwar terhadap stafnya Saiful.

Buat masa ini teman tidak bercadang nak dedahkan butiran hubungan ini. Termasuk juga hubungan Anwar dengan IIIT, dengan Open Society milik George Soros, dengan badan kebajikan Konrad Adenaeur. Ini semua akan didedahkan bila tiba masa dan keperluannya nanti.

Cuma yang penting diperingkat ini ianya membuktikan bahawa Anwar Ibrahim punya hubungan yang tersangat akrab dengan tokoh-tokoh zionis Yahudi dunia, yang antara mereka bergelumang ditubuh badan dan tangan mereka darah umat Islam yang dibunuh kejam tanpa belas kasihan!

Sebab itu teman tidak terkejut bila Anwar terpaksa “berlari” ke New York “melutut” minta maaf kepada Yahudi apabila timbul isu dia mengkritik Yahudi di Malaysia! Sebab saperti yang teman sebut, inilah sikap hipokrit manusia bernama Anwar Ibrahim, pakar sandiwara politik dualam; sana cakap lain, sini cakap lain.

Teman berharap rakyat Malaysia, khususnya bangsa Melayu umat Islam dapat melihat sandiwara Anwar ini. Di Kelantan kata “ambo sokong hudud, tapi itu pendapat peribadi ambo”; tapi bila balik ke KL, depan NGO Cina dan bukan Islam, dengan tegas Anwar kata “menjadi dasar Pakatan Rakyat tidak menerima Negara Islam dan menolak perlaksanaan hudud” jika memerintah (na’uzubillah).

Dan kesian kepada orang PAS yang masih terpekik terlolong konon nak hudud, dia tak tahu yang pemimpin dia dah sign perjanjian dengan pakatan BiaDAP-PKR-PAS tidak akan menegakkan Negara Islam dan tidak akan melaksanakan hudud! Memang kena kencing hidup-hidup dengan parasit Anwarinas orang-orang PAS ni! Kasihan yop!

PENDIRIAN PAS?

PAS sebenarnya agak konsisten didalam isu Israel ini. Teman teringat pertengahan tahun 1990an bagaimana PAS “mengamuk” sakan apabila Kerajaan Tun Mahathir menjemput pasukan kriket remaja Israel ke Malaysia. Walaupun Tun M berkali menegaskan ianya bertujuan memberi pendedahan kepada remaja Israel bagaimana Malaysia sebagai negara pelbagai agama boleh hidup secara aman dan harmoni supaya mereka boleh membawa idea itu balik ke Israel, namun “amukan” PAS tidak mengenal batas.

Satu demonstrasi diadakan di hadapan Masjid ArRahman, Universiti Malaya. Ramai yang kena tangkap pada masa itu. Teman antara peguam yang membela aktivitis PAS pada masa itu yang dibicarakan di Mahkamah Majistret KL. Antaranya termasuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayob dan lain-lain.

Apabila disabitkan dengan kesalahan dan diberi peluang membayar denda sebagai hukuman, ada segelintir antara mereka enggan membayar denda dan sanggup ke penjara selama sebulan. Konon pada masa itu atas prinsip tidak mengiktiraf Israel! Kira teman pun turut sama menyumbang dengan tidak mengambil satu sen pun bayaran guaman untuk membela mereka ini walaupun teman dengar ada tabung dibuat untuk sumbangan kos guaman bagi kes itu!

Malahan nama “ISRAEL” ni cukup memberi fobia kepada PAS! Hinggakan bila ada penceramah tersalah sebut “malaikat Israel” (yang sepatutnya malaikat Izrael), habis kena maki hamun penceramah tersebut! Kata orang, kena lari tak cukup tanah lah yop, semata-mata tersalah sebut “malaikat Israel”! Begitulah fobianya PAS dengan perkataan “ISRAEL”.

Jadi persoalan besarnya ialah apa respon dan pendirian PAS dalam isu kenyataan Anwar “menyokong usaha melindungi keselamatan Israel”? Ini soal penting. Ini bukan soal kriket. Ini soal nak mengiktiraf rejim zionis Israel! Ini soal nak mengadakan hubungan diplomatik dengan rejim zionis Israel! Ini persoalan kemungkinan Malaysia akan menghantar tentera Malaysia termasuk yang beragama Islam untuk melindungi rejim zionis Israel!

Ini soal maruah negara; maruah yang begitu konsisten dipertahan dan dipelihara oleh Kerajaan Malaysia sejak merdeka. Prinsip yang dihormati kawan dan digeruni lawan! Prinsip yang menyebabkan rakyat Falastin menangis terharu kerana Malaysia adalah satu-satunya negara didunia yang jelas mempertahan dan membela rakyat Falastin dan berani bertegas tidak mengiktiraf rejim zionis Israel! Teman melihat sendiri semasa bersama dengan rakyat Falastin bulan Ramadhan 1431/ 2009 di Ghozzah! Mereka bangga bersaudara dengan Malaysia!

Tetapi sehingga kini pimpinan dan ulama’ PAS menjadi saperti syaitan bisu! Kalau ada pun, yang memberi respon ialah Ketua Pemuda PAS sendiri Ustadz Nasharudin Hassan Tantawi. Beliau menegaskan bahawa mereka yang mahu melindungi rejim zionis Israel ini melakukan pengkhianatan terhadap umat Islam. Tetapi beliau pun tak berani nak sebut nama “Anwar Ibrahim”, sekadar menyebut “orang itu”!

Kasihan teman melihat parti PAS ni yop! Sejak diresapi dan dikuasai para parasit Anwarinas, PAS menjadi lebih sekular dari segala sekularis! PAS menjadi lebih liberal dariapada para liberalis! PAS menjadi lebih terbuka dari segala mereka yang membuka! Bak kata Datuk Dr. Hasan Ali, mantan Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, akronim P.A.S. hari ini sudah bertukar maksud menjadi “Parasit Aqidah SeMalaysia”!

Kebetulan pulak slogan dan simbol “PAS 4 ALL” sama dengan “ISRAEL 4 ALL”! Harap ianya hanya satu kebetulan sahaja yop!

PENDIRIAN PAS

Pada teman, Datuk Hadi Awang, Datuk Nik Aziz, dan lain-lain ulama’ kepimpinan PAS perlu membuat pendirian yang jelas.. Adakah PAS berkongsi rasa dan pandangan dengan Anwar Ibrahim yang mereka nak tabalkan sebagai kalipah mereka?

Ini penting kerana rakyat tidak diberitahu apa pendirian mereka jika menjadi kerajaan (na’uzubillah)! Didalam manifesto tidak ada, dalam kitab jinggay tidak ada, didalam kitab oren tidak ada! Jangan nanti rakyat diperdaya, merasa tertipu dan ditipu saperti yang penduduk Kg. Buah Pala sudah rasakan sekarang!

Persoalan yang rakyat Malaysia dan umat Islam nak tahu ialah, adakah pakatan BiaDAP-PKR-PAS akan mengiktiraf rejim zionis Israel? Adakah pakatan BiaDAP-PKR-PAS akan mengadakan hubungan diplomatik dengan rejim zionis Israel? Adakah pakatan BiaDAP-PKR-PAS akan menghantar tentera Malaysia untuk melindungi keselamatan rejim zionis Israel?

Rakyat sebagai Hakim Negara berhak tahu semua ini sebelum PRU 13! Rakyat yang akan menentukan hukuman di Mahkamah Rakyat pada PRU 13 berhak tahu apa pendirian dan dasar pakatan BiaDAP-PKR-PAS mengenai rejim zionis Israel.

Pendirian Kerajaan Malaysia jelas, kita tidak mengiktiraf rejim zionis Israel, kita tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan rejim zionis Israel, kita melarang rakyat Malaysia daripada pergi negara rejim zionis Israel!

Rakyat Malaysia dan umat Islam tidak perlu gusar dengan pendirian Kerajaan Persekutuan! Kita konsisten dengan pendirian ini sejak merdeka! Dan kita bukan sahaja berkata sedemikian di Malaysia, dikalangan negara umat Islam, dihadapan rakyat Falastin; malah kita tegaskan sedemikian dihadapan dunia, di Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu, dihadapan rejim boneka Yahudi Amerika Syarikat, termasuk dihadapan zionis Israel sendiri. Kita tidak malu berkata sedemikian, kita tidak segan berpendirian sedemikian. Malah pendirian kita diketahui seluruh dunia. Pendirian yang dihormati kawan, tetapi digeruni lawan!

Dan rakyat Falastin juga berhak tahu apa pendirian pakatan BiaDAP-PKR-PAS terhadap rejim zionis Israel! Selama ini rakyat Falastin, yang begitu lama tertindas, dizalimi dan dianiaya oleh rejim zionis Israel dan bonekanya Amerika boleh bergantung harap kepada Kerajaan dan rakyat Malaysia untuk membela mereka!

Apakah nasib mereka terbela jika pakatan BiaDAP-PKR-PAS menjadi Kerajaan (na’uzubillah)? Atau apakah nasib masadepan rakyat Falastin turut akan dijual gadai, sebagaimana kalimah ALLAH digadai, Negara Islam digadai, anak bini digadai, umat Islam dimusuhi, kafir harbi dikasihi! Na’uzubillah min zalik!

Jika itu pendirian mereka, bersekongkol dengan Anwar mahu menyokong usaha mempertahankan keselamatan rejim Israel, maka sudah pasti SLOGAN BERIKUT BOLEH DIGUNAKAN:

“UNDI DAP UNDI ISRAEL,

UNDI PKR UNDI ISRAEL,

UNDI PAS UNDI ISRAEL”!

RUMUSAN

Pada teman, kenyataan Anwar Ibrahim yang dipetik dan dilapurkan oleh media pro-Yahudi Wall Street Journal sebagai berkata “dia menyokong sebarang usaha untuk melindungi keselamatan Israel” tetapi di Malaysia “menentang pengaruh Yahudi dalam kerajaan melalui APCO” hanya sekadar membuktikan sandiwara politik dualam yang sudah menjadi darah daging yang sudah meresap sebati dalam tubuh badan Anwar Ibrahim!

Anwar Ibrahim, apabila tersepit dan nak menyelamatkan diri, mendakwa konon kenyataan dia disalah lapur! Kalau salah lapur, persilakan saman Wall Street Journal! Takkan takat berani menyaman Utusan Malaysia sahaja! Kalau berani, kalau ada pendirian, silakan saman Wall Street Journal. Tengok apa jadi nanti. Dan teman nasihatkan media Malaysia, eloklah hubungi editorial Wall Street Journal. Bagitahu mereka Anwar kata dia telah disalah lapur.

Teman yakin kenyataan Anwar dia disalah lapur itu hanyalah untuk telinga rakyat Malaysia sahaja. Sedangkan lapuran WSJ sudah dibaca oleh para pembacanya dikalangan pro-Yahudi, yang sudah tentu seronok membaca ada orang Malaysia bersedia “menyokong usaha menjaga keselamatan negara rejim zionis Israel”.

Padanlah akhbar Jerusalem Post milik rejim zionis Lsrael ghairah membuat lapuran “Anwar bakal PM Malaysia” apabila dia dilepaskan Mahkamah daripada pertuduhan meliwat stafnya Saiful!!! Tentu mereka berasa beruntung kalau ada spesis macam Anwar Ibrahim yang menyokong usaha melindungi keselamatan rejim zionis Israel!

Masih lagi Pekak Bisu & Buta yop? Bacalah Bismillah hirrohma nirrohim, dan telitilah surah Al Baqarah: 6-18, moga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah kepada mike semua yop!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua’lam & Wassalam

sumber:http://mawar2berduri.blogspot.com/2012/02/kalau-sokong-pkr-sokong-anu-war-sokong.html

sokong anu war bermakna sokong Israel..renungkanlah dimana pendirian kita!!!



myaaleeza said: bila mendengar tentang Anu war dah mengeluarkan kenyataan tentang sokongan kepada Israel dalam The Wall Street Journal, hati mula berfikir, Dimana Pendirian pihak PAS??? mengenai isu Israel ini.

Apabila sokong anu war bermakna sokong Israel..lihat apa israel sudah buat di Bumi Plasetin..nauzubillah..janganla bumi yang ku cintai ini turut menjadi salah satu penyokong Israel..jangan pertaruhkan nasib anak bangsa..Wallahua’lam

Sunday 22 January 2012

Siapakah yang bakal menyusul dibuang dari PAS



Selepas Hasan Ali dipecat 24 jam oleh Hadi Awang pada 8 Januari 2012, ramai tertanya siapakah ahli PAS seterusnya yang bakal dibuang seperti Hasan Ali. Ramai jari menuding ke arah Nasharudin Mat Isa. Mengapa Nasharudin?

Beberapa sebab kenapa Nasharuddin, antaranya:

1) Nasharudin adalah dari team Ulama dan tidak sehaluan dengan DAP, tidak sehaluan dengan kumpulan Erdogan dalam PAS.

2) Nasharudin dilihat secara terbuka menyokong Hasan Ali selepas 8 Januari 2012.

3) Nasharudin dituduh bertemu secara senyap dengan beberapa orang pemimpin UMNO.

4) Nasharudin dianggap sebagai pesaing kepada aliran Erdogan dalam PAS. Sebab itu Nasharudin dilawan oleh Mat Sabu (aliran Syiah) untuk tempat Timbalan Presiden PAS.

sumber:http://brojinggo.blogspot.com/2012/01/giliran-nasharudin-mat-isa-akan-dipecat.html

Mya Aleeza Said: Sama2 kita nantikan adakah Nashruddin bakal dibuang selepas Hassan Ali..

Sunday 15 January 2012

Anu war Sokong Gay dan Sekutunya



Nauzibillah...apa akan jadi bila Anwar Ibrahim akan menjadi pemimpin Negara bila hukum yang selama ini diamakan sejak Nabi Adam dan Hawa dikatakan hukum lapok..adakah ini petanda zaman nabi luth akan berulang lagi...mohon dijauhkan daripada azab Tuhan..

Institusi Kehakiman Bebas

YAB Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)

" Keputusan Mahkamah Tinggi semalam (9 Januari 2012) yang membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat telah dapat membersihkan sama sekali kerajaan daripada tuduhan tidak berasas berhubung campurtangan dan konspirasi kerajaan terhadap pembangkang itu". Keputusan itu menunjukkan bahawa disebalik apa yang didakwa, sistem kehakiman Malaysia adalah sebuah institusi yang bebas. Ia juga mengukuhkan sistem pemisahan kuasa yang jelas bagi setiap cabang Kerajaan Malaysia. Sebagai Ketua Cabang Ekskutif, saya hormati keputusan cabang lain dalam kerajaan, badan kehakiman".

Mya Aleeza said: sememangnya keputusan Hakim Mahkamah tinggi jelas membuktikan sistem kehakiman bebas dan telus. tuduhan bahawa wujudnya konspirasi dalam kes liwat adalah tidak benar dan tidak wujud. Fikir - fikir dan renungkanla...

Sunday 8 January 2012

Anwar Dibebaskan daripada Tuduhan

Kes liwat: Anwar Ibrahim dilepas, dibebaskan daripada tuduhan


KUALA LUMPUR 9 Jan. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa. – UTUSAN

pada pandangan penulis ada baiknya keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya pengikut Datuk Seri Anwar tidak terus membuat onar yang boleh memporak perandakan keamanan negara..cukup - cukup la Negara kita tercemar dengan Demonstrasi Jalan Bershit 2.0..


Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

Thursday 5 January 2012

Demo 901

Pembukaan tirai tahun 2012 kita diuar - uarkan dengan Perhimpunan 901.Perhimpunan itu dianjurkan oleh PKR dan akan dihadiri oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat sebagai menunjukkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan.ermmm..ada ada jak yang mahu dilakukan untuk "Anugerah Tuhan"...Sejarah telah tercalar apabila Demostrasi Jalanan (BERSIH 2.0) di adakan pada julai 2011 pas tu Seksualiti Merdeka..tak habis - habis onar mau memporak porandakan perpaduan dan kemakmuran Negara..kini melibatkan mahasiswa pla..mahasiswa daripada sibuk berpolitik baik tumpukan perhatian pada final exam..besar harapan mak bapa hantar pergi universiti..sebelum buat sesuatu baik ingat wajah dan raut ibu bapa yang menyimpan impian untuk anda..kesian..hargailah Ibu Bapa selagi masih ada peluang dan ruang..bila dah terlambat sudah tidak berguna.

sumber: http://www.papagomo.com/2012/01/mahasiswa-robot-berang-hassan-ali-perli.html
             http://yuseriyusoff.blogspot.com/2012/01/study-group-tapi-disertai-wartawan-tak.html
             http://brojinggo.blogspot.com/2012/01/901-bom-petrol-sebagai-provokasi.html