
Tuesday, 19 June 2012
‘Fakta saintifik’ menunjukkan Lynas selamat, kata PSC
Oleh Shannon Teoh
KUALA LUMPUR, 19 Jun — Lynas Corp semakin dekat dalam usaha untuk mendapat Lesen Operasi Sementara (TOL) untuk kilang nadir buminya selepas jawatankuasa pilihan khas (PSC) mengesyorkan pengeluaran lesen itu atas sebab “fakta saintifik” yang menunjukkan kilang kontroversial di Kuantan itu selamat.
Maklum balas yang positif yang dibentangkan dalam laporan PSC itu datang hanya empat hari selepas Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menolak satu rayuan penduduk Gebeng yang membantah keputusan kerajaan untuk meluluskan lesen TOL untuk projek Lynas.
Sebaliknya, kementerian itu telah mengenakan dua syarat baru ke atas Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), yang Lynas berkata ia tidak akan menghadapi masalah untuk memenuhi.
Panel Parlimen itu, yang dulu diboikot pihak pembangkang, mengesyorkan satu jawantankuasa pemantauan yang dianggotai agensi regulatori, NGO dan pakar-pakar untuk memantau operasi kilang itu secara berterusan.
Para pembangkang pernah mendakwa panel itu ditubuhkan cuma untuk “mengecat putihkan” projek yang bernilai RM2.5 bilion itu,
“Jawatankuasa mengambil maklum bahawa melalui kajian, kadar purata dos sinaran di projek LAMP adalah 2 mSv setahun untuk pekerja (had dos tahunan dibenarkan adalah 20 mSv setahun) dan 0.002 mSv setahun untuk orang awam (had dos tahunan dibenarkan adalah 1 mSv setahun) dan ini menunjukkan bahawa kadar di projek LAMP adalah rendah dan selamat,” jawatankuasa itu menulis dalam laporannya yang akan dibahas oleh ahli Parlimen hari ini.
“Jawatankuasa mengambil maklum bahawa berdasarkan fakta saintifik, LAMP mempunyai risiko kesihatan yang jauh lebih rendah berbanding aktiviti perlombongan, (loji Asian Rare Earth) ARE, loji pemprosesan torium dan loji nuklear.”
Loji Asian Rare Earth (ARE) di Ipoh telah ditutup hampir dua dekad lalu kerana kebimbangan ada pencemaran radiasi yang telah dikaitkan dengan kadar leukemia dan kecacatan kelahiran di kawasan Bukit Merah yang lebih tinggi dari kawasan sekeliling.
“Jawatankuasa berpuas hati bahawa projek LAMP telah memenuhi keperluan standard dan perundangan di Malaysia...Malahan, terdapat peruntukan undang-undang dan standard yang dikenakan ke atas projek LAMP adalah lebih ketat berbanding standard antarabangsa. Jawatankuasa mengesyorkan agar lesen Kelas A (Mengilang – Peringkat Pengendalian Sementara) atau (Temporary Operating Licence – TOL) dikeluarkan... (dan) satu jawatankuasa pemantauan (monitoring committee) dibentuk bagi memantau secara berterusan operasi LAMP.”
“Jawatankuasa ini hendaklah dianggotai oleh agensi-agensi berkaitan serta penglibatan badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan pakar bertauliah,” laporan itu menulis lagi.
Syarikat yang berpangkalan di Sydney itu telah memberitahu The Malaysian Insider bahawa ia akan mengemukakan kertas cadangan hari ini untuk memenuhi terma baru yang kelihatan seperti halangan terakhir untuk mendapatkan TOL yang sudah lama dinantikan. TOL itu telah diluluskan pada bulan Februari tetapi telah ditangguhkan disebabkan protes dari penghuni.
Tetapi, penghuni yang telah mengfailkan rayuan kepada MOSTI berkata mereka akan mencabar keputusan menteri itu di mahkamah, dan mengelar syarat-syarat yang dikenakan itu sebagai “rapuh (flimsy)” dan “tidak cukup spesifik dan tidak akan dapat melindungi atau menenangkan hati penghuni yang tinggal di kawasan itu.”
Jawatankuasa pilihan khas untuk Lynas itu diluluskan di Dewan Rakyat pada bulan Mac walaupun pihak pembangkang mendakwa panel yang dianggotai sembilan orang itu tidak mempunyai terms of reference dan akan diguna untuk “mengecat putihkan” isu itu.
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga telah menyoalkan keberkesanan jawatankuasa pilihan khas itu memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berkata kerajaan tidak perlu menurut hasil pengajian panel itu.
Lynas telah berkata pada bulan lalu bahawa ia akan dapat memulakan operasi kilang nadir bumi di Malaysia dalam jangka masa beberapa minggu selepas pengerusi jawatankuasa pilihan khas, Datuk Seri Khaled Nordin mengelar loji itu “loji nadir bumi yang paling selamat di dunia.”
Lynas juga telah berkata pada bulan April bahawa penangguhan dalam mendapatkan lesen untuk kilangnya, yang pada mulanya diluluskan pada bulan Januari, mungkin akan ada “akibat yang sangat serius” untuk tempahan bumi nadir bernilai RM80 bilion yang sudah diterima, kerana sudah ditempah untuk “10 tahun yang akan datang”.
sumber: http://my.news.yahoo.com/fakta-saintifik-menunjukkan-lynas-selamat-kata-psc-052653681.html

Thursday, 14 June 2012
Pas tidak patut timbul isu pilihan raya umum pada musim haji
KUALA LUMPUR 14 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas tidak sepatutnya menimbulkan isu pilihan raya umum diadakan pada musim haji kerana UMNO juga akan berhadapan situasi sama sekiranya ia benar-benar berlaku.
Kata beliau, kewajipan menunaikan haji adalah fardu ain yang mesti ditunaikan setiap orang Islam yang berkemampuan dan terpulang kepada mereka untuk mempertimbangkan sama ada membuat penangguhan atau tidak tanpa dipengaruhi sesiapa.
Tambahan pula, menurut Muhyiddin, tidak ada sesiapa pun yang tahu bilakah pilihan raya akan diadakan termasuk beliau sendiri.
''Apa yang penting jangan kita campur aduk hanya kerana kita takut kalau diadakan pilihan raya, maka penyokong atau pekerja yang disebut oleh Pas (tiada di tanah air). Sebenarnya, ia akan berlaku kepada semua pihak termasuk parti-parti lain bukan Pas sahaja.
''Ini kerana pelbagai pertimbangan lain yang akan dibuat oleh Perdana Menteri, bila sampai masa kalau nak bubar Parlimen, beliau akan buat keputusan. Saya tidak fikir adalah satu perkara wajar untuk kita kata jangan adakan pilihan raya waktu orang pergi haji atau waktu selesai haji, saya tidak tahu,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Rakyat 1Malaysia di pekan Sungai Besi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta ahli parti itu yang terlibat dalam pilihan raya menangguhkan ibadat haji bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tan Chai Ho dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar.
Terdahulu, beliau turut merasmikan pembangunan semula Masjid Jamek Ibnu Khaldun pekan Sungai Besi membabitkan kos RM9.5 juta dan dijangka siap pada tahun 2014.
Dalam pada itu Muhyiddin berkata, Pas tidak wajar membuat desakan agar Perdana Menteri memberi jaminan pilihan raya tidak diadakan pada musim haji kerana ibadat itu adalah satu rukun kepada setiap orang Islam dan mereka patut mendahulukan perkara yang lebih utama.
''Setiap orang yang nak pergi haji mereka terpaksa menunggu lama dan ada antaranya terpaksa menanti sampai 10 tahun, jadi adakah wajar bagi mereka yang dah sampai giliran (buat penangguhan) biarpun dia tidak tahu bila tarikh pilihan raya hanya kerana mendengar cakap Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas) kata tak pergi, dia pun tidak pergi.
''Jadi mana yang lebih utama, lebih wajib? Saya fikir biar orang Islam berkenaan membuat pertimbangan sendiri,'' katanya.
Sementara itu, beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, pihak pembangkang hanya membuat perang psikologi apabila mereka yakin boleh menang dalam pilihan raya umum akan datang hanya bersandarkan satu soal selidik yang dijalankan.
Bagaimanapun, kata beliau, Barisan Nasional (BN) tidak akan tergugat dengan kenyataan itu kerana kekuatan dan kelemahan parti hanya akan diukur mengikut keadaan sebenar dan bukannya mengambil laporan daripada pihak ketiga.
''Kita tidak akan terpengaruh dengan tuntutan pembangkang kerana kita perlu turun ke bawah, kena tengok sendiri bagaimana keadaan sebenar.
''Kita tidak akan mengambil laporan pihak ketiga atau apa orang luar kata, sama ada betul atau tidak kerana ini soal strategi dan kita tidak akan umumkan strategi itu,'' aktanya.
sumber: Utusan Online
Mya aleeza: Hukum Agama tetap WAJIB..jgn dipolitikan demi kepentingan politik..

Sunday, 10 June 2012
Kerajaan BN Penuhi Aspirasi Orang Muda - PM


Thursday, 10 May 2012
UMNO Akan Sentiasa Dihadapan Untuk Rakyat Malaysia.. Tahniah & Selamat Ulangtahun ke-66 !!
UMNO komited dalam perjuangan meningkatkan kualiti hidup dan hak seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya memperjuangkan hak orang Melayu semata-mata, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, selama 66 tahun UMNO menerajui pemerintahan negara, parti itu tidak pernah sekalipun melakukan dasar mahupun pelan transformasi yang hanya memihak dan menguntungkan orang Melayu sahaja.
"Memang teras perjuangan UMNO adalah bagi memperkasakan dan mendaulatkan hak orang Melayu, tetapi jika kita lihat dari dulu hingga kini tidak ada satu pun yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk sebuah kaum sahaja, dan jika ada mengapakah kerajaan kini beriya-iya mempromosikan identiti dan budaya 1Malaysia?
"Kedai rakyat 1Malaysia (KR1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan banyak lagi dasar dan juga pemberian kerajaan kepada rakyat untuk mengurangkan beban tidak hanya menfokuskan kepada orang Melayu sahaja, maka saya anggap UMNO sehinggi kini telah terlalu banyak membantu dan menjaga kebajikan rakyat di negara ini keseluruhannya," katanya dalam program "Soal Jawab" terbitan TV3 malam tadi.
Program wawancara itu dipengerusikan oleh Datuk Johan Jaafar, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad.
Turut menjadi panel tamu pada program yang membincangkan hala tuju UMNO sempena ulang tahun ke-66 penubuhan parti itu ialah bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang.
Ditanya perbezaan UMNO pada tahun 2008 dan pada masa sekarang bagi menghadapi pilihan raya umum, Ahmad Maslan berkata, kekuatan UMNO pada kali ini berada ditahap optimum yang mana ia juga melibatkan peringkat akar umbi.
"2008 dahulu kita dilanda "tsunami" ekoran lima negeri kita kalah dan terpaksa diserahkan kepada pembangkang tetapi kini atas komitmen dan gerak kerja yang saya lihat Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lakukan tidak mustahil kita mampu peroleh apa yang kita rancang untuk pilihan raya akan datang nanti.
"UMNO juga semakin matang dan ia boleh dilihat sendiri apabila presiden sendiri memohon maaf kepada anggota parti atas kesilapan dan kekhilafan pimpinan lalu yang menyebabkan kita tidak memperoleh kemenangan yang "total" semasa 2008," katanya - utusan
Myaaleeza said: UMNO dulu kini dan selamanya...banyak membawa pembangunan di daerah kami...Terima Kasih!!! Bak Kata Pemimpin tempat aku "UMNO membawa Perubahan, Tulang belakang Kerajaan"

Thursday, 3 May 2012
Media UMNO: Menteri KDN, DS Hishamuddin secara Ekslusif memberitahu UMNO Media - Online, Pihak Polis telah pun kenalpasti lebih 100 Individu yang boleh membantu Polis untuk menahan mereka yang melakukan rusuhan pada Perhimpunan Ganas Bersih 3 pada 28 April lalu. Katanya Polis KL hari ini mula dedahkan 49 gambar mereka & Gambar tersebut boleh dilihat di UMNO Online di ruangan 'Bersih Ganas'

BERSHIT 3.0: calar Imej Negara
Pertanyaan daripada seorang Rakan dari Negara lain buat aku tersentak sejenak, Adakah Negara ku tidak aman lagi??? apabila melihat tentang Perhimpunan Bersih 3.0, keganasan dan huru hara yang ditimbulkan oleh puak - puak Pembangkang, pada 28 April 2012, memang mengambarkan Negara kita tidak seaman yang dulu. Sebagai seorang Rakyat Malaysia, saya sangat sedih melihat apa yang berlaku. Demonstarsi Jalanan kerap berlaku. Inikah gambaran yang ingin kita tonjolkan??? apakah kita harus memilih pemimpin yang mengarahkan Rusuhan Bersih 3.0 seperti dalam paparan Video di bawah:-
APakah kita ingin penyokong yang hilang perikemanusiaan seperti di bawah:-
Aku inginkan sebuah Negara yang aman..aku tidak perlu pemimpin pembangkang yang mengunakan pendekatan Anwar's Reverse Pyshology (ARP) untuk salahkan Polis. sama seperti "Baling Batu sembunyi Tangan. Aku mengharapkan agar mereka yang terlibat dengan Perhimpunan BERSIH 3.0 akan dihadapkan ke Mahkamah dan diambil tindakankan kerana telah melanggar syarat2 Demonstrasi Aman yang telah diluluskan. Mereka Penderhaka dan Pengkhianat kepada Bangsa, Agama dan Negara. Kenapa Perlu dibiarkan berpanjangan? Mereka banyak menimbulkan Huru Hara, Keruntuhan Akhlak dan Imej kepada Negara Kita.

Subscribe to:
Posts (Atom)